Aku Yang Sebenarnya...



NURUL HAFIZAH BINTI AG JUMAAT


N-Nurul Hafizah nama yang diberi oleh emak dan abah
U-Usiaku kini sedang melangkah ke zaman remaja yang serba canggih dan moden
R-Remajaku hanya sekali
U-Untuk aku ianya sungguh penuh dengan liku-liku kehidupanku
L-Liku-liku yang ku lalui semuanya menu harianku
H-Hanya Allah SWT tahu betapa kuat dan lemahnya seseorang hambanya
A-Aku cuba bertahan selagi aku mampu untuk bertahan
F-Fikir dulu semasak-masaknya sebelum membuat keputusan
I-Izinkan aku sekiranya aku sudah bersedia untuk menyatakan keputusanku
Z-Zaman sekarang semakin lama, semakin dekat dengan kiamat
A-Adakah aku masih sempat menggunakan peluang yang ada untuk melunaskan semua tanggungjawabku terhadap Allah
H-Hanya aku punca segala-galanya.. Hanya Allah yang tahu apa maksud yang tersirat di sebalik hati kecil setiap hambanya..

Tahun 1987
Tanggal 17 06 1987 aku dilahirkan dari perut ibuku. Ketika ibuku lahirkan aku, ibuku baru berusia 24 tahun. Lahirnya aku di dunia ini disambut dengan azan, perginya aku suatu hari nanti akan diakhiri dengan solat. Itulah salah satu nasihat yang aku dengari dari mulut seluruh ahli keluargaku. Terutamanya kedua ibu dan ayahku dan juga nenekku.

Tahun 1992 - 1993
Keluarga hantar aku untuk memulakan sesi belajar di Tadika Kemas, Kampung Tekek, Pulau Tioman. Itulah buat pertama kalinya dalam hidup aku bergelar seorang pelajar. Kenakalanku tak terhenti di situ. Pernah suatu ketika, aku lari dari sekolah sewaktu cikgu sibuk mengajar rakan-rakanku yang lain. Betapa jahatnya aku masa kecil. Tapi sebagai guru, dia ada tanggungjawabnya yang tersendiri. Dia pernah menasihatiku. Dia katakan padaku satu saja yang aku akan ingat sampai bila-bila. Aku lari dari sekolah dia tak akan marah, tapi kalau apa-apa berlaku pada aku yang tak diingini oleh setiap ibu dan bapa, adakah dia juga yang akan dipersalahkan? Aku terdiam. Tunduk sehingga tak terkata. Bila difikirkan balik, semua itu adalah benar.


Tahun 1994 - 1999
Aku belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman. Masa belajar di tahun 1, aku dapat rasa kelainannya. Tak sama keadaannya sewaktu aku bersama rakan-rakan seperjuanganku di Tadika Kemas dulu. Aku cuba belajar dan bertahan di sekolah ini sehinggalah tamat tahun 6. Aku paling suka masa sukan. Dulu masa dekat sekolah, aku jaguh wirawati lumba lari jarak jauh. Masa tu kalau balik dari sukan, mesti banyak hadiah yang aku dapat. Tapi aku paling suka bola jaring. Cuma sayangnya aku terlampau kecik, tak berapa nak sesuai bermain sukan berkenaan.

Tahun 2000 - 2004
Keluarga dah tukarkan aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing. Masa ni aku kena berdikari sendiri. Dah tak bergantung harap pada mak dan abah lagi. Nenek sebulan sekali datang jenguk kami. Aku, Along dan arwah Angah. Aku tinggal 3 beradik. Pagi-pagi kami dah bangun. Kedua abangku naik bas, aku hanya jalan kaki untuk ke sekolah. Bukanlah jauh sangat. Lagipun masa ni aku dah boleh berfikir, aku tak nak susahkan mak dengan abah lagi dah. Pertama sekali belajar kat sini, aku sunyi sikit la. Sebab aku ni budak pulau. Tak macam kawan-kawan yang lain. Semuanya dari bandar. Tapi perangai aku tetap tak berubah, aku masih lagi budak pulau yang dulu. Aku aktif dalam bidang sukan. Pernah suatu ketika, Kak Alang anak Pak Teh nak kahwin. Keluarga semua dah berkumpul, aku seorang saja yang tak datang. Aku telefon mak menanggis-nanggis. Aku suruh mak datang ambil aku, cikgu pulak tak bagi. Masa ni aku berada di Sekolah Menengah Anjung Batu untuk MSSD. Lepas tu pula, aku kena join rentas desa di Sekolah Menengah Sri Mersing. Terlebih aktif sangat ni la jadinya. Orang lain bergembira, kita masih lagi tak gembira. Nak dijadikan cerita, masa nak ambil SPM, yuran SPM tak bayar lagi. Masa ni mak dengan abah ada masalah kewangan. Aku, Along dan arwah Angah tolong orang angkat pasir. Nanti petang dapat duit terus. Masa ni keluarga semua tak tahu kami buat kerja sambilan macam ni. Kalau keluarga tahu, aku rasa mesti kami dah kena bantai (rotan) dengan abah. Duit tu kami guna untuk bayar yuran. Mak dah nak gadai rantai untuk cari duit. Tapi kami ceritakan semuanya. Baru keluarga tak marah. Mereka faham kami, kami faham mereka.

Tahun 2005
Masa ni aku dapat tawaran belajar kat Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dekat Bukit Senyum, Johor Bahru. Nampak macam gembira, tapi sebenarnya kat sini terlampau banyak kos kewangan yang perlu aku gunakan. Bila fikir-fikirkan balik, macam rugi duit je. Tambang teksi dan tambang bas. Aku ambil keputusan nak kerja sambilan. Aku dapat kerja kat KOMTAR. Aku tinggal kat Apartment Sri Saujana. Kira dari rumah ke tempat kerja tak jauh la. Aku ulang-alik jalan kaki. Pagi pergi kelas jalan kaki, lepas tu terus jalan kaki pergi kerja. Tak jauh juga la bagi aku budak pulau yang dah biasa. Tapi penat tetap terasa. Masa ni, barulah aku tahu betapa susahnya mak dan abah cari duit belanja untuk kami. Sebab tu mak suruh kami tinggal jauh-jauh. Senang untuk kami berdikari susah dan senang.

TAPI... Tanggal 16 10 2005. Seluruh keluarga aku dihurung duka...

(Abah) Hello akak, akak kat mana?
(Aku) Akak kat umah ni abah. Baru habis kelas. Kenapa abah?
(Abah) Tak ada apa. Abah saja tanya.
(Aku) Jap lagi akak pergi hospital ye abah.
(Abah) Akak jalan kaki ke, lalu jalan kubur ke?
(Aku) A'ah. Bukan jauh sangat. Jap lagi akak sampai, akak terus pergi kat abah.
(Abah) Tak payah la jalan kaki, jap lagi abah amik akak kat rumah.
(Aku) Tak payah la abah. Akak jalan kaki je. Ok bye.

Dari rumah nak ke Hospital Besar Sultanah Aminah, aku jalan kaki. Aku lalu jalan kubur. Jalan tu sunyi sangat. Kalau ikutkan hati, aku takut. Tapi aku cekalkan hati. Ada sebab kenapa aku tak nak abah amik aku. Dan aku tahu kenapa abah telefon aku. Semasa sampai jalan kubur, aku dengar orang baca yassin. Aku dengar orang menanggis. Aku dengar orang beri salam. Tapi aku tak pandang. Aku diam. Dalam hati aku berkata ' Tabik Datuk, Anak Cucu Nak Tumpang Lalu'.

(Aku) Abah, kenapa semua diam. Tak nak tengok Angah ke? Akak nak jumpa Angah ni.
(Abah) Angah dah masuk wad bedah.
(Aku) Aku terdiam.

Kenapa abah tak tunggu aku dulu. Aku nak sangat jumpa Angah. Kenapa abah tak cakap tadi abah telefon sebab nak bagitahu Angah dah nak kena bedah? Aku tahu. Aku tahu abah pun tak sanggup tengok anak-anak abah sakit. Aku tak salahkan abah. Aku faham. Aku duduk jauh dari semua orang.

(Aku) Abah, emak, nenek. Akak nak pergi bilik bedah. Jap lagi mana tahu Angah keluar bilik bedah. Mesti dia sedih tak ada orang temankan dia masa kena bedah. Semua orang duduk sini la, akak pergi seorang je ya.
(Abah) Pergi la. Kalau Angah dah keluar, telefon abah ya.

Jantung aku kencang berdegup. Aku tak tahu kenapa. Aku tengok pintu bilik bedah terbuka. Aku tergamam. Air mata jernihku begitu cepat berlalu. Dalam hati, aku berkata 'Sakitnya Angahku bila kena bedah'.

(Aku) Abah, Angah dah keluar bilik bedah. Sekarang ada kat wad tingkat 4.
(Abah) Ok. Jap lagi abah datang.

Aku berjalan seiring dengan Angah. Mata Angah pejam rapat. Aku panggil nama Angah. Angah diam seribu bahasa. Air mataku laju menyusuriku. Angah dipindahkan ke wad biasa. Aku duduk disisi Angah. Aku sentuh tangan Angah, panas sangat. Tapi aku perasan, mata Angah tetap tertutup rapat. Aku panggil nama Angah sambil menanggis teresak-esak. Keluarga pun sampai. Nenek menghampiri Angah. Semua orang menanggis. Tak sampai 5 minit Angah berada kat katil tu, kami dikejutkan dengan satu bunyi yang panjang. Aku perhatikan monitor tv kat sebelah Angah dah lurus, bukan lagi turun naik macam biasa. Aku berdiri panggil doktor. Aku dapat rasa, aku bakal kehilangan Angah. Doktor cakap Angah kena pindahkan ke wad ICU. Aku terduduk. Baru tadi aku bertanya pada doktor bagaimana operation Abangku. Doktor cakap semuanya berjalan dengan lancar. Tapi, kalau berjalan dengan lancar, kenapa Angah di pindahkan ke wad ICU. Kami menunggu Angah dari hari ke hari. Penuh dengan kesabaran menunggu sambil menjalani ibadah puasa. Sahur kami hanyalah ala kadar. Sekadar mengalas perut. Kami fikir kalau kami makan yang sedap-sedap, Angah kat atas tak makan apa-apa pun. Suatu hari, mak panggil Angah. Angah buka mata. Seakan bagi harapan kat mak yang Angah akan bangun semula. Mak menitiskan air matanya sambil mensyukuri alhamdulillah sebab Angah macam nak bangun. Aku tersenyum pada emak. Tapi aku tahu, harapan untuk Abang aku kembali semula adalah nipis. Aku dah bertanya pada doktor. Aku bacakan surah-surah AlQuran di tepi telinga kanan Angah. Aku tak tinggal Angah walau untuk seketika pun. Aku bercerita tentang kegembiraan di telinga Angah. Dengan harapan Angah akan kembali semangatnya. Tapi aku redha. Tiada siapa pun yang mampu menghalang maut. Ajal maut semuanya di tangan Tuhan.

Angah, bisikku di telinga Abangku. Adik nak turun makan sahur kejap. Air mataku deras mengalir. Aku katakan pada doktor yang aku nak turun untuk bersahur. Doktor mengizinkan. Baru sesuap nasi ku masukkan ke mulutku, doktor telefon abah. Aku tahu. Pasti itu ada kaitan dengan Angah. Aku, Along, Teh dan semua ahli keluarga yang lain berlari tinggalkan makanan yang ada. Kami tahu Angah pasti ada masalah. Aku sampai tepat pada masanya dengan berlari menggunakan anak tangga. Aku lihat, doktor sedang perhatikan Angah. Aku duduk ditepi telinga kanan Angah. Ku katakan pada Angah untuk mengucap. Aku ajar Angah mengucap. Semua ahli keluarga berdiri si hujung kaki Angah. 3 kali aku mengucap di telinga Angah, Angah hembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang tenang. Aku toleh ke arah kedua ibu dan bapaku. Mak bagaikan orang gila kehilangan Angah. Abah tenangkan mak dan nenek. Kami terkilan.

Pernah satu malam, sebelum operation. Angah menjerit dari tingkat 4. Kami tahu itu suara Angah. Angah menjerit panggil abah dengan mak. Kami berlari dapatkan Angah. Rupa-rupanya Angah tak nak dibedah. Angah cakap 'Kalau Abah Dengan Mak Bedah Angah, Angah Akan Mati'. Semua itu jadi kenyataan. Aku nasihatkan abah. Abah, cakaplah pada Angah. Abah tak sanggup tengok anak-anak abah sakit. Kalau diberi peluang, biarlah abah sakit dari tengok orang yang abah sayang sakit. Dan abah sign borang bedah tu, bukan bermaksud abah nak Angah mati, tapi abah nak cuba ubatkan Angah. Sebab doktor cakap Angah mesti kena bedah. Maafkan abah Angah.

Sekarang, baru aku faham.

LAHIRNYA KITA DISAMBUT DENGAN AZAN, PERGINYA KITA DIIRINGI DENGAN SOLAT. ALANGKAH SINGKATNYA HIDUP KITA INI, JIKA JARAKNYA CUMA DIANTARA AZAN DAN SOLAT.

ALFATIHAH BUAT MOHD FADZILLAH YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 16 10 2005 TEPAT JAM 0230 PAGI BERSAMAAN 10 HARI PUASA.

AMIN...

No comments: