Harga Sekeping Hati

“Nah! Ambil la benda ni”
“Apa ni ?”
“Ini adalah hati.Hati aku.”
“Hati kau………………….?
“Hmm…………..”
“Kenapa kau sudi beri pada aku ?”
“Sebab kau dah jadi sebahagian dari aku .
Kau lebih dari seorang kawan.”
“Terima Kasih….ianya amat bererti . Aku terlalu menghargainya.”
“Oh…ya ke?..tapi maaf….?
“Untuk apa ?”
“Sebab…hati tu aku tak berikan sepenuhnya.
Cuma sebahagian sahaja…..”
“Maksud kau ?”
“Aku pernah beri hati aku kepada orang lain, dan aku juga telah memberinya separuh sahaja.Mungkin aku takut hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit,permata,dan sebagainya.Hati ini penuh mistik,ada keajaiban yang tersendiri.”
“Mistik?Kelakar bunyinya….?
“Mungkin kelakar.Tapi itu reatinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri.Jika engkau betul-betul ikhlas menjaganya,hati ini akan bersinar.Tapi,jika engkau mempersia-siakan hati ini akan malap.Mungkin akan terus mati selamanya.”
“Apakah yang aku perlu bayar untuk harga sekeping hati ini?”
“Ianya bukan percuma.Tiada nilai yang tepat untuk harga sekeping hati kerana ianya tiada terniai mahalnya.Dan jika kau nak tahu ,setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri.Setiapnya terlau mistik!!!Hati ini hanya diberi kepada insan terpilih sahaja.Insan yang istimewa.Dan kau adalah seorang daripada mereka kerana naluri aku hanya percayakan kau.”
“Aku insan terpilih?”
“Ya…kau yang terpilih.Ianya tidak berubah….seperti yang terjadi jika hati ini tidak diberikan kepada engkau .Hati aku tetap hanya tinggal sebahagian sahaja.Ada orang yang tidak pernah memulangkannya,walaupun aku hanya pinjamkan sekejap.Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan.Ada yang sudi berikan sebahagian hatinya pula sebagai ganti.Cuma satu sahaja yang kau tak mengerti….Sekali hati itu terluka,kadangkala sukar nak mengubatinya.Adakalanya,mengambil masa yang lama untuk ia kembali mekar.Mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika…sehingga hatinya pulih seperti sediakala.Hati yang diberikan bukan untuk suka-suka.Ianya lahir atas satu kepercayaan.Dari situ ,wujudlah kasih sayang.Jika hilang rasa percaya itu,maka sukarlah untuk hati itu kembali indah…

Hasil Nukilan : Arina (ILP Mersing)..

Mutiara Kata Untuk Bakal Pengantin..


Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman.

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kekasih tak setulus Zulaikha.

Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar.

Dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah, kalau diri tak sempurna Rasulullah S.A.W.

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.

Tetaplah berdoa pada TUHAN agar DIA akan terus menjadi MILIKKU...

Majlis Sepupuku

Raja Sehari Angah dan Su.
Isteri tercinta, Kak Su.
Angah (Sepupu)
Selamat Pengantin Baru, moga kekal anak cucu.

Rakan-Rakan Seperjuanganku


Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan".


Kepada rakan-rakanku, tahniah atas segala usaha anda sehingga anda berada ke tahap ini. Kegagalan semalam bukan bererti kekalahan hari ini. Moga-moga kejayaan hari ini lebih bermakna untuk hari-hari esoknya. Insyaallah...

Diri Ini..

Lepas dari Ujian Allah menghadapi kematiannya, aku masih lagi tak dapat melupakan Arwah Angah. Peperiksaan hampir tiba, aku langsung tak ada semangat nak belajar. Amanat terakhir Arwah Angah nak tengok aku berjaya. Tapi aku gagal. Aku berhenti. Keluarga tak memaksa diriku.

Aku bekerja kat Pulau Tioman. Tolong keluarga bisnes kecil-kecilan. Duit yang ada, aku gunakan untuk sambung belajar.

Tahun 2006 - 2007
Aku daftar masuk ke Institut Latihan Perindustrian Mersing. Harapan kedua orang tua memang kuat. Nak tengok aku berjaya. 1 tahun lebih aku kat sana. Macam-macam yang aku lalui. Aku boleh dikategorikan sebagai budak jahat la. Sebab aku asyik kena marah, kena maki dan kena macam-macam la dengan kawan-kawan sekelasku. Tapi itu semua tak patahkan semangatku kali ini. Aku dicalonkan sebagai Naib President 2 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Masa ni, macam-macam hal lagi berlaku. Jenis aku satu prinsip je aku pegang dari dulu sampai la sekarang 'Tiada Kejayaan Semanis Madu, Tanpa Pengorbanan Sepahit Hempedu'. Biar apa jua yang kawan-kawanku buat kat aku, aku tetap tak melawan. Aku relakan, aku suka diaorang buli aku. Nampak sangat masa ni, aku kental. Tak takut dengan perbuatan diaorang tu. Jadi mereka akan bertambah geram. Tapi percayalah, selagi kebenaran berpihak pada kita, tak akan ada siapa-siapa yang berani memalukan kita. Walau kita dimalukan, kita pasti jua akan dihormati. Sebabnya berani kerana benar, takut kerana salah. Jika kita rasa kita malu dengan seseorang, maknanya salah kita padanya masih lagi kita kenang.

08 11 2008
Aku pergi Konvokesyen ILJTM dekat Kuala Lumpur. Aku datang dengan mak. Aku tak tahu masa ni abahku pergi mana. Walau apa pun, aku bahagia dengan mak.

Bersama rakan-rakan yang lain.Sesi bergambar bersama kesemua Graduan Terbaik6 Graduan Terbaik ILJTM Sidang 1Aku menanggis bukan aku sedih. Cuma aku terharu. Aku bukanlah pelajar yang baik semasa di ILP dulu. Dan aku bahagia. Aku teringat amanat Arwah Angahku dulu. Angah, kini adik dah laksanakan amanat Angah. Terima kasih atas doa-doa Angah untuk adik.Ku abadikan kenangan bersama ahli keluarga tersayang. Buat emak, terima kasih kerana bagi peluang kat diri akak. Untuk abah dan emak, kejayaan dan kemenangan hari ini adalah hadiah buat semua orang. Tanpa dorongan dan doa dari semua orang, akak tak berjaya jadi Nurul Hafizah hari ini. Selagi akak hidup, akak akan perjuangkan diri akak untuk keluarga kita. Buat tunangku 'Sukri', terima kasih kerana bagi semangat pada diriku. Terima kasih juga kerana sudi kongsi suka dan dukaku bersamamu.
Bersama Siti Salbiah (Angah) salah seorang rakanku ketika aku belajar di ILP dulu. Dia juga anak angkat mak aku. Keluarga kami rapat sejak aku masuk ILP dan hubungan tu kekal sampai la sekarang ni.
Ku abadikan potretku dalam tangisan kecilku.
Bersama insan yang ku sayang.
Ku abadikan kemenangan dan kejayaanku bersama emak tersayang.
Bersama emak saudara yang tak letih melayan kerenah kami sepanjang kami berada di Kajang, Selangor. Terima kasih Mak Eton.

Aku Yang Sebenarnya...



NURUL HAFIZAH BINTI AG JUMAAT


N-Nurul Hafizah nama yang diberi oleh emak dan abah
U-Usiaku kini sedang melangkah ke zaman remaja yang serba canggih dan moden
R-Remajaku hanya sekali
U-Untuk aku ianya sungguh penuh dengan liku-liku kehidupanku
L-Liku-liku yang ku lalui semuanya menu harianku
H-Hanya Allah SWT tahu betapa kuat dan lemahnya seseorang hambanya
A-Aku cuba bertahan selagi aku mampu untuk bertahan
F-Fikir dulu semasak-masaknya sebelum membuat keputusan
I-Izinkan aku sekiranya aku sudah bersedia untuk menyatakan keputusanku
Z-Zaman sekarang semakin lama, semakin dekat dengan kiamat
A-Adakah aku masih sempat menggunakan peluang yang ada untuk melunaskan semua tanggungjawabku terhadap Allah
H-Hanya aku punca segala-galanya.. Hanya Allah yang tahu apa maksud yang tersirat di sebalik hati kecil setiap hambanya..

Tahun 1987
Tanggal 17 06 1987 aku dilahirkan dari perut ibuku. Ketika ibuku lahirkan aku, ibuku baru berusia 24 tahun. Lahirnya aku di dunia ini disambut dengan azan, perginya aku suatu hari nanti akan diakhiri dengan solat. Itulah salah satu nasihat yang aku dengari dari mulut seluruh ahli keluargaku. Terutamanya kedua ibu dan ayahku dan juga nenekku.

Tahun 1992 - 1993
Keluarga hantar aku untuk memulakan sesi belajar di Tadika Kemas, Kampung Tekek, Pulau Tioman. Itulah buat pertama kalinya dalam hidup aku bergelar seorang pelajar. Kenakalanku tak terhenti di situ. Pernah suatu ketika, aku lari dari sekolah sewaktu cikgu sibuk mengajar rakan-rakanku yang lain. Betapa jahatnya aku masa kecil. Tapi sebagai guru, dia ada tanggungjawabnya yang tersendiri. Dia pernah menasihatiku. Dia katakan padaku satu saja yang aku akan ingat sampai bila-bila. Aku lari dari sekolah dia tak akan marah, tapi kalau apa-apa berlaku pada aku yang tak diingini oleh setiap ibu dan bapa, adakah dia juga yang akan dipersalahkan? Aku terdiam. Tunduk sehingga tak terkata. Bila difikirkan balik, semua itu adalah benar.


Tahun 1994 - 1999
Aku belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman. Masa belajar di tahun 1, aku dapat rasa kelainannya. Tak sama keadaannya sewaktu aku bersama rakan-rakan seperjuanganku di Tadika Kemas dulu. Aku cuba belajar dan bertahan di sekolah ini sehinggalah tamat tahun 6. Aku paling suka masa sukan. Dulu masa dekat sekolah, aku jaguh wirawati lumba lari jarak jauh. Masa tu kalau balik dari sukan, mesti banyak hadiah yang aku dapat. Tapi aku paling suka bola jaring. Cuma sayangnya aku terlampau kecik, tak berapa nak sesuai bermain sukan berkenaan.

Tahun 2000 - 2004
Keluarga dah tukarkan aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing. Masa ni aku kena berdikari sendiri. Dah tak bergantung harap pada mak dan abah lagi. Nenek sebulan sekali datang jenguk kami. Aku, Along dan arwah Angah. Aku tinggal 3 beradik. Pagi-pagi kami dah bangun. Kedua abangku naik bas, aku hanya jalan kaki untuk ke sekolah. Bukanlah jauh sangat. Lagipun masa ni aku dah boleh berfikir, aku tak nak susahkan mak dengan abah lagi dah. Pertama sekali belajar kat sini, aku sunyi sikit la. Sebab aku ni budak pulau. Tak macam kawan-kawan yang lain. Semuanya dari bandar. Tapi perangai aku tetap tak berubah, aku masih lagi budak pulau yang dulu. Aku aktif dalam bidang sukan. Pernah suatu ketika, Kak Alang anak Pak Teh nak kahwin. Keluarga semua dah berkumpul, aku seorang saja yang tak datang. Aku telefon mak menanggis-nanggis. Aku suruh mak datang ambil aku, cikgu pulak tak bagi. Masa ni aku berada di Sekolah Menengah Anjung Batu untuk MSSD. Lepas tu pula, aku kena join rentas desa di Sekolah Menengah Sri Mersing. Terlebih aktif sangat ni la jadinya. Orang lain bergembira, kita masih lagi tak gembira. Nak dijadikan cerita, masa nak ambil SPM, yuran SPM tak bayar lagi. Masa ni mak dengan abah ada masalah kewangan. Aku, Along dan arwah Angah tolong orang angkat pasir. Nanti petang dapat duit terus. Masa ni keluarga semua tak tahu kami buat kerja sambilan macam ni. Kalau keluarga tahu, aku rasa mesti kami dah kena bantai (rotan) dengan abah. Duit tu kami guna untuk bayar yuran. Mak dah nak gadai rantai untuk cari duit. Tapi kami ceritakan semuanya. Baru keluarga tak marah. Mereka faham kami, kami faham mereka.

Tahun 2005
Masa ni aku dapat tawaran belajar kat Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dekat Bukit Senyum, Johor Bahru. Nampak macam gembira, tapi sebenarnya kat sini terlampau banyak kos kewangan yang perlu aku gunakan. Bila fikir-fikirkan balik, macam rugi duit je. Tambang teksi dan tambang bas. Aku ambil keputusan nak kerja sambilan. Aku dapat kerja kat KOMTAR. Aku tinggal kat Apartment Sri Saujana. Kira dari rumah ke tempat kerja tak jauh la. Aku ulang-alik jalan kaki. Pagi pergi kelas jalan kaki, lepas tu terus jalan kaki pergi kerja. Tak jauh juga la bagi aku budak pulau yang dah biasa. Tapi penat tetap terasa. Masa ni, barulah aku tahu betapa susahnya mak dan abah cari duit belanja untuk kami. Sebab tu mak suruh kami tinggal jauh-jauh. Senang untuk kami berdikari susah dan senang.

TAPI... Tanggal 16 10 2005. Seluruh keluarga aku dihurung duka...

(Abah) Hello akak, akak kat mana?
(Aku) Akak kat umah ni abah. Baru habis kelas. Kenapa abah?
(Abah) Tak ada apa. Abah saja tanya.
(Aku) Jap lagi akak pergi hospital ye abah.
(Abah) Akak jalan kaki ke, lalu jalan kubur ke?
(Aku) A'ah. Bukan jauh sangat. Jap lagi akak sampai, akak terus pergi kat abah.
(Abah) Tak payah la jalan kaki, jap lagi abah amik akak kat rumah.
(Aku) Tak payah la abah. Akak jalan kaki je. Ok bye.

Dari rumah nak ke Hospital Besar Sultanah Aminah, aku jalan kaki. Aku lalu jalan kubur. Jalan tu sunyi sangat. Kalau ikutkan hati, aku takut. Tapi aku cekalkan hati. Ada sebab kenapa aku tak nak abah amik aku. Dan aku tahu kenapa abah telefon aku. Semasa sampai jalan kubur, aku dengar orang baca yassin. Aku dengar orang menanggis. Aku dengar orang beri salam. Tapi aku tak pandang. Aku diam. Dalam hati aku berkata ' Tabik Datuk, Anak Cucu Nak Tumpang Lalu'.

(Aku) Abah, kenapa semua diam. Tak nak tengok Angah ke? Akak nak jumpa Angah ni.
(Abah) Angah dah masuk wad bedah.
(Aku) Aku terdiam.

Kenapa abah tak tunggu aku dulu. Aku nak sangat jumpa Angah. Kenapa abah tak cakap tadi abah telefon sebab nak bagitahu Angah dah nak kena bedah? Aku tahu. Aku tahu abah pun tak sanggup tengok anak-anak abah sakit. Aku tak salahkan abah. Aku faham. Aku duduk jauh dari semua orang.

(Aku) Abah, emak, nenek. Akak nak pergi bilik bedah. Jap lagi mana tahu Angah keluar bilik bedah. Mesti dia sedih tak ada orang temankan dia masa kena bedah. Semua orang duduk sini la, akak pergi seorang je ya.
(Abah) Pergi la. Kalau Angah dah keluar, telefon abah ya.

Jantung aku kencang berdegup. Aku tak tahu kenapa. Aku tengok pintu bilik bedah terbuka. Aku tergamam. Air mata jernihku begitu cepat berlalu. Dalam hati, aku berkata 'Sakitnya Angahku bila kena bedah'.

(Aku) Abah, Angah dah keluar bilik bedah. Sekarang ada kat wad tingkat 4.
(Abah) Ok. Jap lagi abah datang.

Aku berjalan seiring dengan Angah. Mata Angah pejam rapat. Aku panggil nama Angah. Angah diam seribu bahasa. Air mataku laju menyusuriku. Angah dipindahkan ke wad biasa. Aku duduk disisi Angah. Aku sentuh tangan Angah, panas sangat. Tapi aku perasan, mata Angah tetap tertutup rapat. Aku panggil nama Angah sambil menanggis teresak-esak. Keluarga pun sampai. Nenek menghampiri Angah. Semua orang menanggis. Tak sampai 5 minit Angah berada kat katil tu, kami dikejutkan dengan satu bunyi yang panjang. Aku perhatikan monitor tv kat sebelah Angah dah lurus, bukan lagi turun naik macam biasa. Aku berdiri panggil doktor. Aku dapat rasa, aku bakal kehilangan Angah. Doktor cakap Angah kena pindahkan ke wad ICU. Aku terduduk. Baru tadi aku bertanya pada doktor bagaimana operation Abangku. Doktor cakap semuanya berjalan dengan lancar. Tapi, kalau berjalan dengan lancar, kenapa Angah di pindahkan ke wad ICU. Kami menunggu Angah dari hari ke hari. Penuh dengan kesabaran menunggu sambil menjalani ibadah puasa. Sahur kami hanyalah ala kadar. Sekadar mengalas perut. Kami fikir kalau kami makan yang sedap-sedap, Angah kat atas tak makan apa-apa pun. Suatu hari, mak panggil Angah. Angah buka mata. Seakan bagi harapan kat mak yang Angah akan bangun semula. Mak menitiskan air matanya sambil mensyukuri alhamdulillah sebab Angah macam nak bangun. Aku tersenyum pada emak. Tapi aku tahu, harapan untuk Abang aku kembali semula adalah nipis. Aku dah bertanya pada doktor. Aku bacakan surah-surah AlQuran di tepi telinga kanan Angah. Aku tak tinggal Angah walau untuk seketika pun. Aku bercerita tentang kegembiraan di telinga Angah. Dengan harapan Angah akan kembali semangatnya. Tapi aku redha. Tiada siapa pun yang mampu menghalang maut. Ajal maut semuanya di tangan Tuhan.

Angah, bisikku di telinga Abangku. Adik nak turun makan sahur kejap. Air mataku deras mengalir. Aku katakan pada doktor yang aku nak turun untuk bersahur. Doktor mengizinkan. Baru sesuap nasi ku masukkan ke mulutku, doktor telefon abah. Aku tahu. Pasti itu ada kaitan dengan Angah. Aku, Along, Teh dan semua ahli keluarga yang lain berlari tinggalkan makanan yang ada. Kami tahu Angah pasti ada masalah. Aku sampai tepat pada masanya dengan berlari menggunakan anak tangga. Aku lihat, doktor sedang perhatikan Angah. Aku duduk ditepi telinga kanan Angah. Ku katakan pada Angah untuk mengucap. Aku ajar Angah mengucap. Semua ahli keluarga berdiri si hujung kaki Angah. 3 kali aku mengucap di telinga Angah, Angah hembuskan nafas terakhir dalam keadaan yang tenang. Aku toleh ke arah kedua ibu dan bapaku. Mak bagaikan orang gila kehilangan Angah. Abah tenangkan mak dan nenek. Kami terkilan.

Pernah satu malam, sebelum operation. Angah menjerit dari tingkat 4. Kami tahu itu suara Angah. Angah menjerit panggil abah dengan mak. Kami berlari dapatkan Angah. Rupa-rupanya Angah tak nak dibedah. Angah cakap 'Kalau Abah Dengan Mak Bedah Angah, Angah Akan Mati'. Semua itu jadi kenyataan. Aku nasihatkan abah. Abah, cakaplah pada Angah. Abah tak sanggup tengok anak-anak abah sakit. Kalau diberi peluang, biarlah abah sakit dari tengok orang yang abah sayang sakit. Dan abah sign borang bedah tu, bukan bermaksud abah nak Angah mati, tapi abah nak cuba ubatkan Angah. Sebab doktor cakap Angah mesti kena bedah. Maafkan abah Angah.

Sekarang, baru aku faham.

LAHIRNYA KITA DISAMBUT DENGAN AZAN, PERGINYA KITA DIIRINGI DENGAN SOLAT. ALANGKAH SINGKATNYA HIDUP KITA INI, JIKA JARAKNYA CUMA DIANTARA AZAN DAN SOLAT.

ALFATIHAH BUAT MOHD FADZILLAH YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 16 10 2005 TEPAT JAM 0230 PAGI BERSAMAAN 10 HARI PUASA.

AMIN...

Kenangan Mereka...

Ini Sebahagian Kenangan Dari Mereka Yang Pernah Ku Kenali...

Kebaikan dan Kejahatanku Bersama Mereka Tak Akan Ku Lupakan Sampai Bila-Bila...

Encik Aziz Bin Yaakob
(Orang yang bertanggungjawab menjaga kami sepanjang kami menjalani OJT-On Job Training selama 3 bulan di CCMC UTM Skudai, Johor)

Kepenatan Encik Aziz dapat kami perhatikan. Betapa penatnya diri beliau melayani kerenah kami seramai 6 orang semuanya.
Along, Angah, Ain, Andy, Eiqa dan Irra.

Sebahagian dari Keluarga CCMC yang telah banyak membantu kami. Terima kasih banyak-banyak atas budi baik kalian semua. Untuk Datok K, jangan lupa bawa depa semua datang ke Pulau Tioman ok. Kami tunggu.

Andy, Ain, Eiqa Dan Irra.
(Dak Rompin, Dak Pasir Gudang, Dak Skudai Dan Dak Simpang Renggam)

Kenangan Ain Bersama Hafis Auto
Hafis ni selalunya kami gelar dia 'Kambing'

Depa berdua ni memang rapat.
Depa berdua ni satu bilik masa study at ILP dulu.

Ni Irra. Sebahagian dari kawan MPP ku. Dia juga mempunyai peranan dan tanggungjawabnya yang tersendiri.

Memories MPP

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)
SESI 1/2007
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN MERSING
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


Barisan belakang dari kiri :


NURUL IRRA BINTI AB WAHID
(AJK),

NORIZA BINTI ABU BAKAR
(Exco Kebajikan dan Asrama (Perempuan),

NUR HASIMAH BINTI A HASHIM
(Exco Agama Islam (Perempuan),

NURUL AIN BINTI ABDULLAH
(AJK),

NORHAYATI BINTI HASSAN
(Exco Sukan (Perempuan),

MUHAMMAD FAID BIN RUSLAN
(Exco Disiplin (Lelaki),

SHAZAIMI BIN DARMIN
(AJK),

MOHD SHAFIQ BIN MOHD ZAINUL
(AJK),

MOHAMAD SYUKRI BIN MOHD NOH
(Exco Agama Islam (Lelaki),

ISMAIL BIN ABDULLAH
(AJK),

MAZLAN BIN MD ALI
(Exco Kebajikan dan Asrama (Lelaki).




Barisan hadapan dari kiri :

NORHIDAYAH BINTI MOHAMAD JAMUDIN
(Exco Disiplin (Perempuan),


NORAZITA BINTI MOHD LAZIM
(Bendahari),


NURUL SYAZANA BINTI BAKRI
(Setiausaha),


NURUL HAFIZAH BINTI AG JUMAAT
(Naib Presiden 2),


EN. ABDUL SHOKOR BIN ABD TALIB
(Penolong Pengarah Pengurusan Latihan),


TN. HJ. JAMIL BIN YAHYA
(Pengarah),


EN. MOHD. HILMI BIN PADIL
(Penyelaras MPP),


MUHAMMAD BORHANNU AL-DIN BIN HASIM
(Presiden),


MOHD NIZAL BIN AWANG
(Naib Presiden 1),


MALEK ISMAEL BIN AHMAD
(Exco Sukan (Lelaki),


FIRDAUS BIN ABDUL MANAN
(AJK).




Video Kenangan...


1) Hari Pertama Sampai Tioman, Ni La Rumah Keluarga Nurul...

2) Mak Cakap Lepas Makan Kena Basuh Pinggan... Wajib Ok...

3) Jalan-Jalan Cari Kenangan... At Berjaya Tioman Suites...


4) Ni Masa Tengah Tunggu Bas Untuk Balik Rumah...

5) Melayan Leletah Si Kecil Yang Nakal...

6) Jalan-Jalan Sambil Berposing...

7) Bas Yang Di Nanti-Nantikan...

8) On The Way Balik Rumah...

Kenangan Ku.. Bersama Mu..

Ni keluarga Sukri (Teh, Ngah, Chik and Ma)

Ni anak buah kesayangan Sukri (Tak Malukan Hisap Puting)

Dak nakal ni selalu nak bertukar jadi Power Rangers (Boleh ke?)

Yang ni lak, selalu penakut. (Camana nak masuk askar ni?)

Mohd Sukri & Nurul Hafizah
Selepas Bertunang..

Mohd Sukri & Nur Arbaiyah
Dengan Adik Abby..

Mohd Sukri & Puteri Siti Zulaikha
Ni Muka Puteri Yang Nak Marah..

Mohd Sukri & Puteri Siti Zulaikha
Puteri Menanggis Sebab Tak Nak Kat Sukri...

Mohd Sukri & Puteri Siti Zulaikha
Tengok... Seriuskan Muka Puteri...


Ni la kenangan Sukri untuk kawan-kawan...
Ok, bubbye...